Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menayangkan telefilem bertajuk 'Selampai Labung' bersempena Hari Malaysia pada 14 September ini yang memaparkan keunikan seni dan budaya kaum Iban serta mengangkat warisan Pua Kumbu, seni tenunan tekstil tradisional yang sarat dengan nilai sejarah dan budaya. Telefilem Selampai Labung akan disiarkan dalam slot Panggung RTM pada pukul 9.00 malam di saluran TV1 dan RTMKlik.
Selampai Labung
Waktu Siaran: Sabtu, 14 September 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Marrulhuda Mawardi
Pengarah: Danny Alamsyah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Watak Pelakon
Johan As’ari sebagai Sunan
Dewi Seriestha sebagai Elvina
Samarinna Tolhip
Wily Alfred
Tony Eusoff
Sherie Merlis
Sinopsis Selampai Labung
Mengisahkan perjalanan hidup Elvina dan Sunan, yang saling bertembung di sebuah rumah panjang di Nanga Krau, Sarawak. Elvina, seorang waris kepada Indu Ngar (gelaran penghormatan untuk wanita terhormat dalam masyarakat Iban), kembali ke rumah panjang tersebut setelah bertahun-tahun meninggalkannya.
Kepulangannya membawa misi peribadi, namun takdir mempertemukannya dengan Sunan, Jara, dan Gawin, tiga individu yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya.
Pertemuan ini membuka lembaran sejarah keluarganya yang berkait rapat dengan tradisi Pua Kumbu. Elvina mendapati bahawa tenunan Pua Kumbu bukan sahaja berkaitan dengan budaya dan tradisi, tetapi juga membawa makna mendalam tentang jati diri dan asal usulnya.
Adakah Elvina akan berjaya menghidupkan kembali warisan yang hampir hilang itu? Bagaimana pula hubungan antara Elvina dan Sunan berkembang dalam suasana penuh adat dan tradisi ini?