Drama Andai Tiada Dia

Andai Tiada Dia

Nantikan drama adaptasi novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya bakal mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Drama terbitan Global Station diarahkan oleh Riza Baharudin. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim.

Andai Tiada Dia

Episod: 36
Tarikh Tayangan: Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: MegaDrama Astro Ria
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Suri 
Hisyam Hamid sebagai Haikal
Mimi Lana sebagai Intan
Zahiril Adzim sebagai Falah
Husna Mustaffa sebagai Erma
Rosnah Johari
Mas Anizan
Rahim Omar
Kodi Rasheed
Lan Siro
Mia Nasir
Auni Yusri
Adam Malek
Riz Amin
Zarynn Min

Sinopsis Andai Tiada Dia

Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Suri dan Haikal namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.

Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan, adik Suri yang ketika itu menumpang dirumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.

Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah yang sentiasa wujud bila Suri dalam kesusahan.