Drama Luruhnya Bunga Cinta 2 (2024)

Luruhnya Bunga Cinta 2

Saksikan drama bersiri Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 kembali menghiasi slot Akasia TV3 bermula 25 Oktober 2024. Drama adaptasi drama popular Korea 'Autumn In My Heart' ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim di aplikasi Tonton atau melalui tonton.com.my.

Luruhnya Bunga Cinta 2

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin, Fara Bani
Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Nuh
Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisya
Bella Luna sebagai Aleen
Nabila Razali sebagai Sara
Aniq Durar sebagai Awal
Auni Yusri sebagai Aara
Hafiz Halim sebagai Anwar
Laila Nasir sebagai Noriah
Eizlan Yusof sebagai Jamaludin
Zila Bakarin sebagai Adita
Shah Rezza sebagai Tan Sri Izzam
Watie Sadali sebagai Datin Maziah
Raja Azmi sebagai Puan Seri Zaleha
Iman Suhana sebagai Kalsom
Mamu Kokoot sebagai Mamu
Zana sebagai Puan Zainab
Zulkifli Sudin sebagai Encik Rizal
Ali Reza Kavoossi sebagai Izzat Emir
Nabil Aqil sebagai Halim

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Belakang Tabir
Penyanyi: Syamel 
Komposer: Syamel & Jiwa
Lirik: Syamel

Sinopsis Luruhnya Bunga Cinta 2

Mengisahkan tentang perjalanan cinta yang penuh liku antara Nuh (Redza Rosli) dan Nuha (Tracie Sinidol) yang terus dihimpit cabaran, hubungan mereka kembali tergugat apabila Awal (Aniq Durar) muncul secara tiba-tiba dan menghalang langkah mereka.

Dalam masa sama, Aleen (Bella Luna) bergelut untuk menerima kenyataan pahit bahawa cinta Nuh terhadapnya telah pudar sehingga menyebabkan dia terjerumus dalam tekanan emosi sekaligus kehilangan arah.

Sementara itu, kehidupan Nuha berubah secara drastik apabila dia didiagnos menghidap kanser berdarah tahap ketiga. Bagaimanapun dalam usaha untuk menyembunyikan penderitaannya daripada Nuh, Nuha mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dan menyatakan bahawa perasaannya terhadap Nuh telah hilang.

Nuha memilih untuk memutuskan hubungan cinta mereka sekaligus mengorbankan kebahagiaan demi memastikan Nuh tidak dihantui kesedihan.

Walaupun begitu, Awal yang menyaksikan penderitaan Nuha berusaha untuk membawanya mendapatkan rawatan, meskipun dia menyedari bahawa harapannya untuk memiliki cinta Nuha adalah sia-sia.

Saat berita mengenai penyakit Nuha mula tersebar, hati semua yang mengenalinya luluh. Namun, Nuh tidak menyerah. Meski peluang untuk sembuh semakin menipis, Nuh nekad untuk melamar Nuha dan mengharungi dugaan bersama sehingga ke akhirnya.

Dalam kegetiran Nuh tetap nekad untuk mempertahankan cinta mereka dengan mengahwini Nuha, meskipun peluang untuk sembuh semakin tipis.

Bagaimana kesudahan cinta Nuh dan Nuha? Berjayakah Nuh mengahwini Nuha dan mengecapi kebahagiaan, atau mungkinkah ajal Nuha tiba terlebih dahulu sebelum impian membina mahligai perkahwinan mereka tercapai?