Filem Telekinesis

Telekinesis

Selepas kejayaan filem aksi nombor 1 paling laris di Malaysia, Sheriff, pengarahnya Syafiq Yusof kembali dengan supertele ‘Telekinesis’, sebuah naskhah eksklusif hanya di Astro First bermula 10 Oktober. Naskhah ini juga menyaksikan Syafiq kembali menghasilkan karya eksklusif untuk tayangan di platform Astro First, selepas mencipta fenomena melalui filem Penunggang Agama dan Penunggang Agama 2 pada tahun 2021, dengan mencatat kutipan lebih RM5 juta.

Telekinesis diterbitkan Viper Studios dan merupakan salah sebuah karya di bawah Dana Program TV/OTT Finas dengan kerjasama Astro. Telekinesis membariskan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Yusuf Bahrin, Aman Graseka, Nick Davis, Hasnul Rahmat, Wanji Aswand, Shabby dan ramai lagi.

Telekinesis

Genre: Aksi, Sains Fiksyen
Pengarah: Syafiq Yusof
Produksi: Viper Studios
Tayangan Tayangan: 10 Oktober 2024
Platform: Astro First / sooka

Watak Pelakon
Yusuf Bahrin sebagai Fadli
Beto Kusyairy sebagai Razak
Nick Davis sebagai Lee
Shabby sebagai Aru
Aman Graseka
Wanji Aswandi
Hasnul Rahmat
Kenji Sawahi
Wanji Aswand

Sinopsis Telekinesis

Mengisahkan tentang Fadli, Aru dan Lee yang menjalani kehidupan sebagai ahli organisasi ‘National Telekinesis Security Force’ (NTSF). Mereka ditugaskan untuk menumpaskan sebuah gerakan rahsia yang dipanggil ‘Telekinesis Liberty Movement’ (TLM). 

Misi NTSF menjadi rumit apabila seorang lelaki misteri bertopeng yang dipanggil ‘Helang' mengganggu setiap operasi NTSF. Misi Fadli dan Lee adalah untuk menumpaskan TLM dan Helang, manakala Aru mengesyaki ada pengkhianat di kalangan mereka, menjadikan misi ini semakin mencabar dan mendebarkan.