Drama Bidaah (Viu)

Bidaah Viu

Viu Malaysia memperkenalkan drama bersiri 'Bidaah' sempena Ramadan ini yang mengangkat tema mengenai kepercayaan agama dan konflik antara keimanan serta kebenaran. Drama terbitan Rumah Karya Citra ini diarahkan oleh Pali Yahya. Menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Vanidah Imran dan ramai lagi.

Saksikan Bidaah bermula 6 Mac 2025, dengan episod baru ditayangkan pada setiap hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu. Bidaah boleh ditonton secara percuma melalui aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei, TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.

Bidaah

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 6 Mac 2025
Hari Siaran: Khamis - Sabtu
Platform Digital: Viu
Penulis Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Rumah Karya Citra

Watak Pelakon
Faizal Hussein sebagai Walid Muhammad
Fattah Amin sebagai Hambali
Riena Diana sebagai Baiduri
Marisa Yasmin sebagai Ummi Hafizah
Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul
Hasnul Rahmat sebagai Abi Saifullah
Fazlina Ahmad Daud sebagai Kalsum
Fatiya Latiff sebagai Masyitah
Malia Baby sebagai Habibah
Nafiz Muaz
Hanna Faresha
Iman Zulkarnain

Sinopsis Bidaah

Mengisahkan Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein). 

Namun, Baiduri segera menyedari bahawa ajaran rohani kumpulan tersebut mencurigakan, termasuk amalan perkahwinan paksa dan kepatuhan membuta tuli. 

Ketika Hambali (Fattah Amin), anak kepada Walid kembali dari Yaman, dia mula meragui ajaran tersebut dan bersama Baiduri, mereka bertekad untuk melindungi keluarga mereka dan mendedahkan kebenaran tentang kumpulan itu, walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman bahaya.

Bidaah