Sinopsis Kahar: Kapla High Council

Kahar Kapla High Council

Kahar : Kapla High Council adalah filem prekuel kepada siri fenomena, Project : High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar. Turut membintangi filem ini adalah pelakon Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Fadhli Masoot, Thompson Goh, Khenobu, Husyairi Hussain, Hasnul Rahmat, serta penampilan istimewa Naim Daniel, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Sathisvaran Magesvaaran, Yusof Hashim (Ucop) dan Ameer Asyraf.

Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital. Skrip pula ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali. Filem Kahar: Kapla High Council akan menemui penonton di pawagam bermula 28 November 2024.

Kahar Kapla High Council

Genre: Aksi, Drama
Tarikh Tayangan: 28 November 2024
Penulis Skrip: Anwari Ashraf & Luqman Alhakim Sheikh Ghazali
Pengarah: Razaisyam Rashid
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd

Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Kahar
Aedy Ashraf sebagai Beja
Sky Iskandar sebagai Megat
Fazziq Muqris sebagai Zahrin
Fadhli Masoot sebagai Hakeem
Thompson Goh sebagai Li
Khenobu sebagai Jojo
Hushairi Husain sebagai Abu Yamin
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Yusof
Naim Daniel
Mierul Aiman
Nadhir Nasar
Sathisvaran Magesvaaran
Yusof Hashim (Ucop)
Ameer Asyraf

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Kudeta
Penyanyi: Amir Ahnaf, Sekumpulan Orang Gila, Riko Agus & Eleven Tonight
Komposer: Izmal Che Ahmad & Eleven Tonight
Lirik: Zoul Zaaba, Izzy Farhanah

Sinopsis Kahar Kapla High Council

Berlatarkan pada tahun 2005, setahun sebelum berlakunya peristiwa dalam siri Project: High Council, Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin runcing apabila, dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, sebuah perlawanan antara calon dari setiap rumah asrama KUDRAT yang bertarung untuk menjadi Kapla, iaitu ketua kepada High Council - selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kahar semakin menjadi terkenal antara pelajar-pelajar yang lain setelah “pencapaian” baharunya itu, namun ia turut mengundang musuh dari segala arah. Akhirnya, remaja tersebut terpaksa menghadap segala akibat berat keputusan-keputusannya sendiri.