
Nantikan kesinambungan drama Bukan Sekadar Lafaz musim kedua bakal menghiasi slot Akasia TV3. Diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records dibawah arahan Raja Mukhriz. Dibintangi oleh Alif Satar, Wanna Ali, Isyariana, Ahmad Idham dan ramai lagi.
Bukan Sekadar Lafaz 2 disiarkan bermula 27 Februari 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.58 petang di TV3 dan ditayangkan secara percuma di iQIYI pada jam 8.00 malam.
Bukan Sekadar Lafaz 2
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:58 petang
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: Pencil Pictures & Records
Watak Pelakon
Alif Satar sebagai Hud Hudzaifah
Wanna Ali sebagai Syikin Zaman
Isyariana sebagai Aira Akasya Ibrahim
Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
Mia Nasir sebagai Lufya
Wanns Ahmad sebagai Khalid
Kuza sebagai Puan Mahani
Sharifah Shahora sebagai Sarah
Zac Zaky sebagai Dr. Mikael
Malek Mccrone sebagai Dr. Firman
Zuliana Ernia sebagai Hanis
Watie Sadali sebagai Huda
Haifa Halina sebagai Cempaka
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jangan Ada Air Mata
Penyanyi: Alif Satar & The Locos
Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain
Lirik: Alif Satar, Romeo, Efry Arwis
Sinopsis Bukan Sekadar Lafaz 2
Perkahwinan Hud (Alif Satar) dan Syikin (Wanna Ali) kini memasuki tahun keempat. Namun, impian mereka untuk menimang cahaya mata masih belum tercapai. Ketiadaan zuriat menjadi punca utama pergolakan rumah tangga, memaksa mereka menjalani pelbagai rawatan kesuburan. Keadaan menjadi semakin rumit apabila mereka mengetahui bahawa masalah kesuburan berpunca daripada Hud sendiri.
Meskipun telah beberapa kali mencuba rawatan IVF, namun tetap gagal. Kecewa dengan keadaan tersebut, Syikin mengambil keputusan untuk menerima anak angkat, Cempaka sebagai pelengkap rumah tangga mereka. Namun, keputusan ini bukan sahaja menimbulkan konflik emosi, malah turut menguji kesetiaan dan pengorbanan dalam perkahwinan mereka.
Ketegangan dalam perkahwinan mereka semakin meruncing dengan kehadiran Aira (Isyariana), seorang peguam dan sepupu kepada Khalid yang banyak membantu Hud dalam perniagaan. Hubungan profesional antara mereka mula menimbulkan rasa cemburu dan syak wasangka dalam hati Syikin. Hud pula semakin terasa terpinggir apabila Syikin lebih menumpukan perhatian kepada Cempaka. Keadaan ini mencetuskan jurang perasaan antara mereka, menyebabkan perkahwinan mereka berada di ambang perpisahan.
Salah faham dan campur tangan pihak luar menguji kepercayaan Hud dan Syikin terhadap satu sama lain. Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga yang semakin retak ini? Atau adakah takdir akan membawa mereka ke haluan berbeza?
