Drama Dia Imamku

Dia Imamku

Nantikan drama adaptasi novel 'Dia Imamku' karya Siti Rosmizah akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Drama bersiri 52 episod terbitan SR One Sdn Bhd diarahkan oleh Feroz Kader. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha sebagai teraju utama. Dia Imamku akan disiarkan bermula 17 Februari 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan strim eksklusif di Astro One dan sooka.

Dia Imamku

Episod: 52
Tarikh Tayangan: 17 Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro One, sooka
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Penulis Novel: Siti Rosmizah
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Kamal Adli sebagai Budin
Siti Saleha sebagai Cempaka Humairah
Imam Shah sebagai Rafiq
Zara Zya sebagai Lily
Fikhree Bakar sebagai Amar
Amy Nur Tinie sebagai Rafizah
Haneesya Hanee sebagai Dahlia
Khatijah Tan sebagai Nenek Bunga
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Orkid
Muaz Fitri sebagai Azman
Fiza Thomas sebagai Hasnah
Balkisyh Semundur Khan
Lia Natalia
Farhan Asri

Lagu Tema (OST)
Taju: Kau Sayang Aku
Penyanyi: Nanasheme
Komposer : Ejai Aziz
Lirik : Siti Rosmizah

Sinopsis Dia Imamku

Mengisahkan percintaan dua darjat, seorang gadis kaya angkuh sanggup mengahwini lelaki miskin yang dibencinya demi mempertahan egonya. Mampukah ketulusan hati seorang suami mampu meruntuhkan ego isteri serta menjadi imam yang terbaik buatnya.

Cempaka Humairah, seorang gadis yang sombong dan angkuh. Terasa dirinya diabaikan oleh ibu bapanya, Dato’ Malik dan Datin Orkid yang lebih menyayangi kakaknya Lily Hamra. Humairah membenci cucu angkat neneknya, Amiruddin (Budin), lelaki kampung yang dipandang sebelah mata, dianggap tak bererti.

Namun, satu insiden yang tidak dijangka memaksa Humairah berdepan dengan keikhlasan perasaan Amir. Ketika dia mula menyedari kebenaran dan memohon keampunan, hati Amir sudah menjadi dingin. Adakah Humairah akan mencari jalan untuk memperbaiki keretakan itu, atau adakah dia telah kehilangan Amir buat selama-lamanya? 

Sinopsis Novel Dia Imamku

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!

Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.

Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.

Dia Imamku