Filem Strike: Silat Cult Master

Strike Silat Cult Master

Syarikat produksi Katana Film tampil dengan sebuah naskhah yang diberi judul 'Strike: Silat Cult Master' menggabungkan aksi silat dan fiksyen moden.

Filem ini mengetengahkan keunikan silat sebagai warisan budaya Malaysia, diarahkan oleh Mallory Lee dan diinspirasikan daripada permainan video klasik era 90-an.

Akan ditayangkan di pawagam pada 13 Februari 2025. Menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Ameer yang juga juara Hero Remaja 2023, Azri Safix (finalis Hero Remaja) dan Fify Azmi.

Pelakon lain termasuk Jay Iswazir, Trisha Ooi serta Ayez Shaukat seorang penggiat seni tempatan yang cukup dikenali.

Strike: Silat Cult Master

Tarikh Tayangan: 13 Februari 2025
Penulis Skrip: Danial Arif
Pengarah: Mallory Lee
Produksi: Katana Film Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aiman Ameer sebagai Izra
Azri Safix sebagai Kris
Muhammad Lokman sebagai Tok Rahmat
Jay Iswazir sebagai Abil
Fify Azmy sebagai Suzan
Trisha Ooi sebagai Salmah
Seelan Manoheran sebagai Asura
Ayez Shaukat sebagai Malik
Manvin Khera sebagai Songkro
Colleen Augustine sebagai Nakira
Fitri Farouk sebagai Bartender
Iqbal Riezky Haikal sebagai Izra (kecil)
Mirza Idz Firths Abdul Aziz sebagai Kris (kecil)
Lim Koet Yenn sebagai Suzan (kecil)

Sinopsis Strike Silat Cult Master

Mengisahkan tentang Izra (Aiman Ameer) sewaktu kecil terpaksa melarikan diri daripada Abil (Jay Iswazir) ketua kumpulan samseng yang turut bertindak membunuh ibunya, Salmah (Trisha Ooi).

Semasa melarikan diri, Izra turut membawa sekali seutas loket misteri pemberian ibunya. Kemudian, dia telah diselamatkan oleh Tok Rahmat yang akhirnya telah menjadi guru silatnya.

Setelah dewasa, dia pergi mencari Abil untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Semasa pencarian berkenaan, dia telah bertemu dengan beberapa individu lain yang turut mahir dalam silat dan mereka bergabung untuk menumpaskan Abil.