Astro Shaw dengan kerjasama Etika Sdn. Bhd. mengumumkan filem terbaru mereka 'Abah Saya, Uncle Mike' bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang akan bertembung buat pertama kali selepas tempoh 27 tahun.
Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini mengangkat cerita kehidupan Michael Tong Wai Siong (atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike), seorang lelaki Cina yang mengambil tiga anak angkat berbangsa Melayu sebagai anaknya, dengan penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap agama Islam mereka.
Kisah ini menjadi inspirasi kepada masyarakat Malaysia, sehingga Uncle Mike dianugerahkan Anugerah Maulidur Rasul 2024 dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas jasa dan dedikasinya.
Filem ini diarahkan sutradara muda berbakat besar, Ezrie Ghazali, yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem pendek dan iklan komersil, serta drama bersiri popular ‘Kiblat ke Syurga’. Filem Abah Saya, Uncle Mike yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ini.
Abah Saya, Uncle Mike
Tarikh Tayangan: 2025
Pengarah: Ezrie Ghazali
Produksi: Astro Shaw / Etika Sdn Bhd
Watak Pelakon
Andy Teh sebagai Uncle Mike
Idan Aedan sebagai Rafei
Nor Merah sebagai Rasyid
Umar Shakur sebagai Rahman
Chew Kin Wah
Mandy Chong
April Chan
Pauline Tan
Sinopsis Abah Saya Uncle Mike
Kisah perjalanan Rafei, anak sulung daripada tiga adik-beradik yatim piatu. Rafei memulakan perjalanan mencari jati diri dan harapan, mengimpikan masa depan yang lebih cerah. Selepas menemui kasih sayang dalam keluarga Uncle Mike, dia berusaha untuk bersatu semula dengan dua adik lelakinya.