Drama Calon Isteri Buat Suami (TV3)

Calon Isteri Buat Suami

Nantkan drama adaptasi novel 'Calon Isteri Buat Suami' karya Sophilea akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3. Drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd diarahkan oleh Bahri Uma. Menampilkan gandingan pelakon utama Jazmy Juma dan Siti Hariesa.

Calon Isteri Buat Suami

Episod: 25
Tarikh Tayangan: 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Novel: Sophilea
Pengarah: Bahri Uma
Produksi: Sha's Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Nazim Hilman
Siti Hariesa sebagai Haizi
Trisha Ooi sebagai Dayanah
Hazeeq Dean sebagai Khalif
Razak Ahmad sebagai Haji Hamdan
Jasmin Hamid sebagai Datin Yasmin
Tony Eusoff sebagai Datuk  Rizuan
Emelda Rosemila sebagai Zahnita
Jannah Izwandy sebagai Sharina
Razzuan Rosli sebagai Danif
Shazia Rozaini
Dayang Areeda
Talha Harith
Kirana Batrisyia
Zarynn Min 
Nadia Aqilah
Fauziah Nawi

Sinopsis Calon Isteri Buat Suami

"Apa? Kahwin dengan anak datin? Biar betul? Anak datin to gay ke apa sampai tak ada girlfriend?" - Haizi

"Saya nak awak kahwin dengan dia supaya dia tahu dalam dunia ini lelaki perlukan perempuan untuk saling melengkapi. Awak holeh tamatkan kontrak ini bila awak dapat carikan jodoh yang sepadan untuk Nazim." - Datin Zainab

Berat tugasan yang diberi. Diminta bernikah dan carikan jodoh lain buat suami. Orang gila saja yang buat kerja begini. Tapi entah kenapa bisikan hati Haizi suruh terima.

“Mama nak suruh Nazim bemikah dengan budak tu? Mama rasa Nazim dah hilang akal ke nak terima?” – Raja Nazim

Datin Zainab tak peduli, baginya selagi Nazim tak ada jodoh lain Haizi tetap jadi isteri Nazim sama ada suka atau tidak. Raja Nazim dan Nur Haizi dijodohkan bersama. Bukan senang nak jadi isteri Raja Nazim. Segalanya tak kena di mata.

"Awak ni pandai buat kopi ke tak? Awak ingat saya hidup dalam zaman Nujum Pak Belalang nak minum kopi pahit macam ini?"

"Saya nak makan sandwich yang ada mayonis la, awak kenal tak mayonis tu apa?"

"Saya tahulah mayonis tu apa. Mayonis to leper-leper macam piring terbang. Lepas makan awak boleh terbang ke planet lain sebab duduk kat planet bumi ni menyusahkan orang.”

Haizi mula melawan. Dalam melawan, ada perasaan yang mula bercambah.

"Awak demam Haizi, jangan melawan bila saya suruh makan ubat atau awak nak saya peluk awak kuat-kuat dan suapkan ubat ke mulut awak?"

Siapa kata hatinya tak jatuh cinta pada si isteri namun sukarnya untuk meluah. Apatah lagi si isteri sibuk menjadi pengatur jodohnya. Seorang demi seorang gadis diperkenalkan pada Raja Nazim demi janjinya pada Datin Zainab. Tapi, setiap kali pertemuan diaturkan hatinya menangis sakit.

"Okay calon isteri yang seterusnya ..."

"Cukup Haizi. Abang tak mahu dengar lagi calon isteri lain. Haizi tak sayangkan abang, sampai sanggup nak bagi abang pada wanita lain?"

Saat hatinya tak mampu berselindung, berterus terang adalah jalan terbaik.

"Tapi...layakkah Haizi untuk abang?"

Tak namanya cinta kalau tiada yang menghalang. Cinta yang mula berputik belum tentu bercambah bahagia. Mampukah mereka untuk terus bersama?