Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39)

AJL39

Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) akan berlangsung pada 16 Februari 2025 (Ahad), bermula 9:00 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil. Disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton. Dikendalikan oleh gandingan Naz Rahman dan Sissy Imann.

AJL39 membawa tema, Nada Rasa yang mengangkat kekuatan muzik dalam menyampaikan emosi dan mesej yang mendalam melalui pelbagai jenis instrumen. Setiap nada dan getaran muzik mampu menyentuh hati pendengar, sekaligus mencipta pengalaman yang penuh dengan perasaan. Dengan tema ini, setiap finalis bakal mempersembahkan karya mereka dengan cara yang lebih puitis dan beremosi, mencerminkan keunikan dan kekuatan muzik masing-masing.

Senarai Pemenang AJL39

JUARA
Lagu: Hening Rindu
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Penulis Lirik: Ikhwan Fatanna

NAIB JUARA 
Lagu: Bukan Lagi Kita
Penyanyi: Nadeera
Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh
Penulis Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

TEMPAT KETIGA
Lagu: Saksama
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Akim & The Majistret
Penulis Lirik: Bunga Cantik

VOKAL TERBAIK
Aura - Ernie Zakri

PERSEMBAHAN TERBAIK
Puas Sudah - Aina Abdul


Finalis AJL39
1. Sengaja - Amir Masdi
2. Hening Rindu - Marsha Milan
3. Pujaanku - Masdo & Aisyah Aziz
4. Terus Bersinar - Hafiz Suip
5. Saksama - Akim & The Majistret
6. Aura - Ernie Zakri
7. Puas Sudah - Aina Abdul
8. Diam - Hael Husaini
9. Bukan Lagi Kita - Nadeera
10. Risiko - Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique

Juri AJL39
1. Edry Abdul Halim (Ketua Juri)
2. Edry Hashim
3. Datuk Ahmad Idzham Omar
4. Ad Samad
5. LY
6. Fauziah Latif
7. Siti Hajar
8. Dato Hattan
9. Datuk Hajah Fauziah Nawi