Sinopsis Blood Brothers: Bara Naga

Blood Brothers poster

Skop Productions Sdn Bhd mempersembahkan filem aksi ‘Blood Brothers: Bara Naga’ arahan Syafiq Yusof bersama Abhilash Chandra yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 April 2025.

Blood Brothers

Genre: Aksi, Jenayah
Tarikh Tayangan: 10 April 2025
Skrip: Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, Ashraf Modee Zain
Pengarah: Syafiq Yusof & Abhilash Chandra
Produksi: Skop Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Sharnaaz Ahmad sebagai Ghaz
Syafiq Kyle sebagai Ariff
Shukri Yahaya sebagai Fadlan
Amelia Henderson sebagai Sheila
Syazwan Zulkifli sebagai Jaki
Wan Hanafi Su sebagai Dato Zul
Zamarul Hisham sebagai DSP Adlin
Andy Teh sebagai Pablo
Irfan Zaini sebagai Malik
Razib Salimin sebagai Sham
Shah Reza sebagai Boss Sam
Husyairy Hussein sebagai Ayah Mus
Tracie Sinidol sebagai Mira
Dini Schatzmann sebagai Daniel
Mikael Noah sebagai Adi
Amir Nafis sebagai Amir

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bara Jiwa
Penyanyi: Azlan Typewriter & Muzza Velvettones
Komposer: Muzza 
Lirik : Muzza & Nana

Sinopsis Blood Brothers Bara Naga

Mengangkat kisah Ariff (Syafiq Kyle), seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk menyertai syarikat kawalan keselamatan elit, Silent Guard, di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su) iaitu seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merupakan ketua sindiket mafia digeruni, dikenali sebagai Naga.

Sejak itu, Ariff mengangkat sumpah setia dan menjadi Blood Brother kepada Ghaz dan kemudian satu ikatan persaudaraan yang tidak boleh dikhianati.

Namun, apabila berlakunya satu pengkhianatan besar yang menggoncang empayar Naga, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai dalang di sebalik musibah tersebut. Dia kini menjadi buruan dan suspek utama dalam konspirasi gelap yang mengancam nyawanya.

Dalam usaha untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff melarikan diri dan terpaksa mencari perlindungan daripada abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly). Namun, di sebalik pelariannya, Ghaz pula diberi mandat untuk menjejaki dan menangkap Ariff  demi menegakkan keadilan keluarga Naga yang menuntut balas dendam.

Adakah Ariff mampu membersihkan namanya dan meraih kembali kepercayaan Ghaz? Atau mungkinkah nasibnya berakhir tragis di tangan sahabat yang dianggap seperti abang sendiri?