
Nantikan drama adaptasi novel 'Seindah Hujan Cinta' karya Qash Shazwani akan mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Country & Universal diarahkan oleh Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Yusuf Bahrin, Nelydia Senrose dan Ezzanie Jasny.
Seindah Hujan Cinta
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Mufid Suhaimi Bahaudin & Azal Ezreen
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Watak Pelakon
Yusuf Bahrin sebagai Wassim
Nelydia Senrose sebagai Zarita
Ezzanie Jasny sebagai Aneesa
Hariz Hamdan sebagai Zamirul
Dina Allysha sebagai Dhiya
Haidar Hasanudin sebagai Putra
Amanda Tan sebagai Tini
Fadilah Mansor sebagai Puan Zarina
Zulkifli Ismail sebagai Tuan Malim
Sheila Hassan
Normah Damanhuri
Sinopsis Seindah Hujan Cinta
“Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?”
Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku.
“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”
“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”
“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”
“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”
Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya.
“Kalau dia berkenan, abang nak bagi Nisa dekat dia?”
“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”
“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”
“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”
Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.
Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau adakah janji itu akan dilupakannya.