
Nantikan drama bersiri Rindu Kasih Finale: Teratak Kasih Salina akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Drama 15 episod terbitan P&D Pictures dibawah arahan Mohd Fazli Yahya. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aqasha, Fazlina Ahmad Daud, Luqman Hafidz dan ramai lagi.
Teratak Kasih Salina bersiaran mulai 18 Februari 2025, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di TV3. Penonton juga boleh menonton episod terkini 24 jam lebih awal menerusi Tonton, sama ada di laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Teratak Kasih Salina
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Idea Asal: K. Adlie
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Salina
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Aqasha sebagai Qassim
Luqman Hafidz sebagai Faqeh
Erin CTJ sebagai Bella
Hasnul Rahmat sebagai Abdullah
Haleeda Mazlin sebagai Siti Aisyah
Meor Mohd sebagai Iqbal
Mimi Ernida sebagai Rita
Shazia Rozaini sebagai Huda
Khalida Balqis sebagai Keisha
Nina Smith sebagai Ika
Laila Nasir sebagai Khaty
Nafiz Muaz sebagai Hashim
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Amyza Aznan sebagai Shida
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Awan Mendung
Penyanyi: Aiman Sidek & Alin Sidek
Komposer & Lirik: Aiman Sidek
Sinopsis Teratak Kasih Salina
Selepas Amir meninggal dunia, Salina (Ummi Nazeera) meneruskan kehidupan baru dari wang tinggalan yang diterima dari arwah suaminya tersebut.
Salina nekad membuka sebuah Teratak Kasih Salina untuk membantu gadis-gadis yang bermasalah dan terlanjur.
Sementara, Halijah (Fazlina Dato' Ahmad Daud) masih dengan dendamnya terhadap Salina dan ingin menjatuhkan Salina.
