
Saksikan Panggung RTM Khas Aidilfitri bertajuk 'Along Bakal Mati Syawal Ini?' arahan Erfan Zainaldin bakal menemui penonton pada 31 Mac ini, pukul 9.00 malam di TV1. Juga boleh ditonton menerusi aplikasi RTMKlik.
Along Bakal Mati Syawal Ini?
Waktu Siaran: Isnin, 31 Mac 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Roydy Rokidy
Pengarah: Erfan Zainaldin (Epo Jenon)
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Mat Over, Fauzi Sulaiman, Farah Ahmad, Wan Hanafi Su, Che Kam, Jalil Hamid, Datin Fadilah Mansor, Natasha Roslan, Muhammad Adam Syakir, Muhammad Syukur, Nur Ameera Qatriesha, Sha Aman, Damia, Mia
Sinopsis Along Bakal Mati Syawal Ini?
Menyorot kisah Manaf seorang pembuat wau, menetap seorang diri di salah sebuah kampung di Terengganu sejak kematian ibu dan ayahnya sewaktu masih muda. Adiknya Zahir dan Fatin masing-masing sudah berkeluarga dan jarang sekali balik ke kampung.
Zahir berkahwin dengan Rohani, mempunyai seorang anak dan dua cucu dan menetap di Kuala Lumpur. Begitu juga Fatin yang berkahwin dengan Arman, dikurniakan dua anak Yasmin dan Haikal juga menetap di Kuala Lumpur.
Manaf selalu meluahkan rasa sunyi pada kawan sekampungnya, Tok Lang. Tok Lang hidup sebatang kara, mengatakan Manaf masih beruntung mempunyai adik beradik, namun Manaf mengatakan kehidupannya kini tak seperti dulu kerana adik-adiknya jarang pulang akibat pertelingkahan mereka dahulu.
Manaf pula penuh berharap mahu merasai kemeriahan menyambut Syawal seperti dulu-dulu, dan Tok Lang memberi cadangan kepada Manaf bagaimana untuk menunaikan segala hajat Manaf dengan penglibatan kedua adiknya. Namun apakah cadangan yang diberikan oleh Tok Lang membuahkan hasil?