
Nantikan drama 'Dari Rahim Yang Sama' sebuah naskhah yang sarat dengan emosi, konflik keluarga dan perjuangan hidup yang amat menyentuh hati. Naskhah yang ditulis oleh Naza Manas dan diarahkan oleh Amor Rizan.
Drama Dari Rahim Yang Sama bakal bersiaran di slot Samarinda, TV3 mulai 14 April 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Juga boleh ditonton 24 jam lebih awal di platform Tonton.
Dari Rahim Yang Sama
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 14 April 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Naza Manas
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd
Watak Pelakon
Nabila Huda sebagai Suraya
Mhia Firdaus sebagai Balqis
Rykarl Iskandar sebagai Aqil
Rafique Iskandar sebagai Afiq
Angeline Tan sebagai Auntie Alice
Duerra Mitilda sebagai Hanum
Amanda Tan sebagai Teresa
Kahoe Hon sebagai Ah Keong
Fezrul Khan sebagai Sarman
Ameerul Asyraf sebagai Imran
Shyrim Husni sebagai Khalid
Diana Rusli sebagai Suraya
Ashraf Muslim
Zizi Hazirah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Cinta Terakhirku
Penyanyi: Amira Othman
Komposer & Lirik: Aiman Sidek
Sinopsis Dari Rahim Yang Sama
Mengisahkan Suraya, seorang ibu tunggal yang hilang arah dan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Suraya merupakan seorang GRO yang hidup dalam dunia gelap penuh kemewahan palsu dan sering bertukar pasangan. Dalam mengejar keseronokan dunia, dia langsung mengabaikan tiga orang anaknya, malah lebih kejam, dia sengaja tidak mendaftarkan kelahiran mereka.
Balqis (Mhia Firdaus), seorang remaja perempuan yang terpaksa memikul beban sebagai ibu kepada dua adik lelakinya, Aqil (Rykarl Iskandar) dan Afiq (Rafique Iskandar). Ketiga-tiga mereka adalah adik-beradik seibu tetapi berlainan bapa dan semuanya hidup tanpa identiti sah di sisi undang-undang.
Tanpa sijil lahir, mereka tidak boleh bersekolah, tiada kad pengenalan, dan hidup mereka penuh sekatan. Balqis berjuang setiap hari memasak, mengurus rumah, menjaga adik-adik dan berusaha mencari penyelesaian untuk mendapatkan pengiktirafan sah taraf bagi mereka.
Namun segala usahanya sering disia-siakan oleh ibunya sendiri. Suraya bukan sahaja tidak membantu, malah dengan ego yang tinggi mengaku bahawa dia sengaja tidak mendaftarkan kelahiran mereka kerana takut Balqis akan meninggalkannya.